Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, 21 March 2012

Asmara Untuk Isteri Sibuk


Hidup pada zaman yang serba mencabar dan cepat ini,menuntut manusia supaya lebih komited dengan kerja-kerja yang dilakukan sama ada di pejabat mahupun di rumah.Oleh itu tekanan perasaan sering berlaku dan sekiranya dibiarkan berlanjutan nescaya boleh mengakibatkan kesan negatif pada kehidupan seharian termasuklah aktiviti seksual.Lihat sajalah pasangan berkahwin yang terlalu sibuk dengan kerja.

Apabila masing-masing dilanda tekanan kerja,sudah pasti sedikit sebanyak mempengaruhi mood untuk berasmara.Seharusnya perkara begini tidak berlaku.Mungkin sekali dua tidak mengapa,tetapi jika berpanjangan pasti ada luahan kecewa daripada pasangan.Terbaiknya uruslah masa dengan betul dan bijaksana agar rumah tangga sentiasa bahagia dan bermakna.

Lebihkan waktu untuk pasangan
Luangkan lebih banyak masa dengan pasangan berbanding kerja(sekiranya ingin menimang cahaya mata).Jika anda di kategori sebagai pekerja yang kerap menjadi penghuni terakhir pejabat,maka berubahlah.Fikirkan betapa pasangan sentiasa menantikan kepulangan anda.Paling tidak anda masih punya masa untuk berehat dan membersihkan diri sebelum melangsungkan aktiviti malam hari.

Pentingnya kualiti bukan kuantiti
Petua lama bukanlah paksaan untuk diamalkan.Jika rasa tidak berkemampuan maka berhentilah.Jangan sampai membebankan kesihatan tatkala menjamah telur ayam bercampur madu semata-mata untuk mendapatkan lebih kenikmatan dan kekuatan apabila bersama.Masih ada alternatif yang revelan dan mudah dipraktikan seperti senaman secara konsisten,kawalam makanan dan macam-macam lagi.Cara itu,anda juga berjaya memperoleh stamina dan keyakinan untuk memulakan aksi ranjang bersama pasangan.Ingat yang penting kualiti bukan kuantiti.

Ubati kemurangan dengan seks
Sering tertekan dan murung menyelesaikan tugas-tugas di pejabat?Usah risau kerana penawarnya cukup mudah.Segera dapatkan pasangan dan lakukan hubungan kelamin ketika malam menjelang tiba.
Mengapa?Kerana seks sesuatu yang menenangkan.Tambahan pula ketika orgasma,hormon oxytocin dirembes keluar.Hormon inilah yang mencetuskan ketenangan sekaligus memberi kesan relaks pada tubuh dan pemikiran.

Perut kenyang tenaga kurang
Lapar pada waktu malam?Boleh makan tetapi jangan terlalu lewat kerana perut yang kenyang mengakibatkan badan menjadi letih dan mengantuk.Bahkan tenaga pun sudah berkurangan sekaligus melenyapkan keinginan untuk berasmara pada malam berkenaan.

Buat temu janji sebelum beraksi
Bukan dengan orang luar sahaja perlu buat temu janji,tetapi pasangan suami isteri juga perlu praktikkannya.Sebaik-baiknya beritahu pasangan pukul berapa akan masuk ke  dalam bilik dan meneruskan aktiviti mengikuti perancangan.
Cara ini dikatakan berkesan kerana masing-masing sudah bersedia dan melupakan segala kerja-kerja harian.Tiada lagi pangilan telefon atau komputer riba,sebaliknya rangkulan serta ciuman hangat jadi peneman pada kala cinta sedang membara

No comments:

Post a Comment