Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, 20 March 2012

Tidur Tanpa Pakaian Dalam Rangsang Libido Suami.


Tidur Tanpa Pakaian Dalam Rangsang Libido Suami. Nikmatnya jika dapat tidur. Tidur adalah satu-satunya masa untuk kita berehat dan menenangkan fikiran. Sewaktu tidur, tubuh kita akan mengalami proses pemulihan dan detokdifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Ketika ini, sebaiknya berikanlah kesempatan kepada tubuh untuk berehat dan bernafas.


Oleh kerana itu, setiap wanita digalakkan memakai pakaian dalam saat tidur. Cara ini dikatakan amat berkesan dalam melancarkan pengaliran darah ke organ-orang tubuh sekali gus menyumbang kepada tahap kesihatan yang baik.

Berdasarkan kaji selidik yang telah dilakukan mendapati bahawa wanita yang menggunakan pakaian dalam seperti bra yang terlalu lama dan ketat ketika tidur boleh meningkatkan hormon prolaktin (hormon yang berfungsi untuk merangsang kelenjar susu) yang menyebabkan terjadinya kanser payu dara.

Menurut pakar ilmuwan dari Hawaii, Sydney Ross Singer dan isterinya Soma Grismaijer dalam buku mereka ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bra’s pada tahun 1991 menganggap wanita yang ingin menghindari kanser payu dara harus memakai bra dalam waktu yang sesingkat mungkin. Sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.

Sementara dalam buku The Best Sex of Your Life karya Jennifer Hunt dan Dn Baritchi pula menggambarkan tidur tanpa memakai pakaian dalam juga banyak memberi manfaat kepada wanita. Selain baik untuk mengingkatkan rasa sejahtera, ia juga memberi kesan besar kepada kehidupan seksual seseorang. Wanita yang meringkuk di bawah selimut tanpa seurat benang dikatakan mampu merangsang libido kaum Adam.

Di bawah ini disenaraikan beberapa manfaat tidur tanpa mengenakan pakaian dalam yang bukan sahaja memberi keselesaan tidur anda bahkan membantu pasangan suami isteri meraih kepuasan saat melakukan hubungan intim.

1. Lebih Berghairah

Sewaktu anda dan pasangan mula bersentuhan, hormon oksitosin (sejenis hormon yang bertanggungjawab memancing pasangan) akan dilepaskan. Selain dapat merangsang nafsu, hormon ini amat bermanafaat untuk menurunkan kadar degupan jantung, mengurangi stres dan meningkatkan rasa percaya anda denganpasangan. Apa yang pasti, oksitosin yang dilepaskan dari otak ini kemudiannya akan menghadirkan perasaan bahagia. Jadi, inilah perasaan yang mampu memberi manfaat positif terhadap hubungan anda dan pasangan.

2. Bikin MOOD Bercinta

Banyak wanita menolak untuk melakukan hubungan seksual dengan alasan kerana tidak ada mood. Penat, takut anak terjaga dan pelbagai perkara timbul di benak fikiran. Padahal, menolak berhubungan akan membuatkan wanita berasa kesepian dan tidak dipedulikan. Dalam hal ini, andalah yang memainkan peranan untuk mengubah mood saat melakukan sesi cinta dengan si dia. Beraksi dengan cara berselimut tanpa mengenakan sebarang pakaian dalam sebenarnya mampu meningkatkan dorongan seksual lelaki kepada wanita.

3. Eratkan Hubungan

Dalam soal hubungan intim cara ini dikatakan mampu mencipta ikatan di antara lelaki dan wanita. Lebih daripada itu, wanita menganggap ia adalah salah satu bentuk komitmen cinta dan kesetian terhadap pasangannya. Kaedah ini juga sekalu gus merapatkan kembali hubungan yang renggang. Justeru, pasangan yang sedang berhadapan dengan konflik rumah tangga dan bercadang untuk berpisah disarankan supaya melakukan kaedah ini.

4. Lebih Sihat

Kekerapan melakukan hubungan seksual juga memberi manfaat kepada kesihatan. Anda tidak perlu bercinta setiap hari kecuali anda berdua memang menginginkannya. Cukuplah beberapa kalu saja dalam seminggu. Menghabiskan waktu setengah jam hingga satu jam sehari untuk bercinta dalam keadaan tanpa pekaian juga membantu hidup anda lebih sihat dan bertenaga. Selain itu, sekali-sekala bercuti berdua juga mampu meningkatkan daya rangsangan di samping menenanangkan fikiran.


No comments:

Post a Comment