Berbicara tentang aksi liar, pastinya para isteri menggeleng kepala tak sanggup melakukannya. Meskipun dengan suami sendiri. Namun apa yang tidak diketahui oleh kaum hawa adalah ada kalanya suami mendambakan isteri untuk beraksi dan sedikit liar tatkala melayannya.
Ia dianggap memberi lebih kepuasan seks dan menghangatkan lagi ghairah seksual. Tapi masalahnya apakah aksi liar yang boleh dilakukan tanpa dianggap keterlaluan oleh seorang wanita. Ini dia beberapa aksi yang boleh anda cuba:
Tampil seksi
Tak dapat dinafikan, pakaian yang seksi memang menyenangkan mata pasangan memandang. Ia cukup mudah untuk membuatkan seseorang lelaki bernafsu. Wanita juga tidak terkecuali, melihat diri dengan pakaian seksi turut akan menimbulkan perasaan ghairah untuk bersama suami.
Jadi kenakanlah pakaian-pakaian yang boleh membangkitkan ghairah seperti baju tidur jarang dan polos. Pergilah membeli sendirian dan setelah membelinya, persembahkan kepada suami kemudiannya. Cara ini sebenarnya membantu memberikan suami ghairah baru dari diri anda.
Panggilan Manja
Kalau selalu memanggil suami dengan perkataan ‘papa’, ‘abang’, ‘abah’ dan sebagainya, tukarlah nama panggilannya dengan sesuatu yang mesra dan berbeza. Antaranya seperti ‘sayang’ atau ‘darling’.
Panggilan lembut dan manja seperti ini seperti memberi satu kelainan perasaan suami terhadap diri anda. Makin sayang, manja dan juga makin berahi tatkala mendengar anda memanggilnya.
Fantasi erotik
Adakah anda berani mempersembahkan pada suami suatu yang erotis? Kenapa tidak? Bukankah anda isterinya. Lakukanlah jika ia mampu menaikkan ghairah seksual
suami pada anda.
Anda boleh cuba melakukan godaan-godaan yang seksi seperti suara manja dan perlakuan yang erotis. Godalah dirinya ibarat lakonan bintang filem barat dalam adegan romantis. Jangan malu melakukannya kerana anda akan memperoleh sesuatu yang berbeza dari suami.
Ambil alih peranan
Jadilah pasangan yang berani. Jangan hanya menerima saja apa yang suami berikan, sebaliknya ambillah inisiatif sendiri. Sebabnya kadang kala lelaki tidak menyukai tindakan isteri yang pasif dan hanya menerima. Beranilah tampil di depannya dengan suatu yang mengghairahkan. Anda harus berani mencuba perkara-perkara baru dan buatlah suami terpana dengan anda.
Minta untuk kali kedua Setelah selesai melakukan hubungan intim dengan suami, tak salah kalau anda memintanya untuk kali yang kedua. Biarkan suami berehat seketika dan rangsanglah kembali ghairahnya. Tiada suami yang sanggup menolaknya dan tak mustahil inilah yang dikatakan sisi liar paling hebat dari diri anda buat suami. - Mingguan Wanita
No comments:
Post a Comment