Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 4 April 2012

8 Mitos Seks Dan Fakta Sebenar

 

8 Mitos Seks Dan Fakta Sebenar-Sememangnya banyak mitos-mitos yang berkaitan seks sering kita dengar.Mitos-mitos tersebut sering membuat kita berfikir hingga timbulnya rasa ingin tahu apakah ianya benar atau pun memang sekadar mitos semata-mata.



Misalnya seperti yang banyak disebut,pentingkah panjang penis lelaki buat wanita?Atau berapa lamakah lelaki mampu bertahan ketika seks..

Ingin tahu jawapan dan kebenarannya?Jom kita teliti 8 mitos seks dan fakta sebenar yang dipaparkan di bawah..


Penis Lelaki Alat Terbaik Membuat Wanita Mencapai Orgasme
-Apa yang sering dikatakan ini ternyata salah.Jika mengikut dari penelitian yang pernah dibuat,lebih kurang 80% wanita mampu mencapai puncak orgasme dengan rangsangan pada klitoris mereka.Sementara hanya 25% saja yang mencapai orgasme melalui penetrasi.

Kebanyakan Lelaki Dapat Bertahan 10 Minit Sebelum Orgasme
-Mitos ini agak kurang tepat kerana mengikut Jurnal of Sexual Medicine,rata-rata lelaki hanya mampu bertahan 4-5 minit sahaja sebelum mencapai orgasme.

Lelaki Sebenarnya Lebih Fikirkan Panjang Penis Mereka Dibandingkan Dengan Wanita
-Hal yang satu ternyata ada benarnya.Menurut satu kajian yang dilakukan,hanya 55% lelaki yang gembira dengan saiz penis mereka.Sebanyak 85% wanita ternyata mengakui puas dengan saiz penis pasangan dan 90% wanita berpendapat besar penis lebih penting dari panjangnya.

Rata-Rata Lelaki Memikirkan Tentang Seks Setiap 7 Saat
-Mitos ini memang salah besar.Menurut American Sex Survey,kebanyakan lelaki memikirkan tentang seks beberapa kali dalam sehari,bukannya beberapa kali dalam seminit.

Pancaran Matahari Mampu Meningkatkan Keghairahan Lelaki
-Rupanya mitos ini ada juga benarnya.Mengikut penelitian yang dilakukan di Austria,dengan berjemur dibawah pancaran matahari selama sejam mampu meningkatkan kadar hormon Testosterone lelaki sebanyak 70%.

Puncak Seksual Wanita Pada Umur 28 Tahun Dan Lelaki Pada Umur 18 Tahun
-Hal ini agak sukar dipastikan kerana puncak seksual seseorang bergantung pada keadaan dan kesihatan tubuh badan orang tersebut.Tetapi jika mengikut kajian yang pernah dibuat,kadar hormon Estrogen pada wanita biasanya memuncak pada umur 20-an,manakala lelaki pula pada umur belasan tahun iaitu di peringkat remaja.

Wanita Tidak Terlalu Tertarik Dengan Filem Porno
-Jika menurut kajian yang dilakukan di Universiti Stanford,California,mitos ini ternyata salah.Hasil kajian tersebut membuktikan filem porno dapat membuat kebanyakan wanita merasa ghairah hanya dalam beberapa minit sahaja.Cuma,wanita lebih menyukai filem porno yang memiliki jalan ceritanya bukan yang langsung kepada aksi.

Seks Yang Direncanakan Tidak Sehangat Seks Spontan
-Hal ini agak tidak tepat.Ini kerana merencanakan terlebih dulu sebelum melakukan seks mampu memberi anda dan pasangan ketenangan dan aman dari gangguan yang tidak diperlukan.Merencanakan waktu dan tempat yang sesuai tentunya lebih memberikan 'saat privacy' lalu anda berdua dapat berasmara dan bercinta dengan intim dan sepuas-puasnya.


Nah!jika dilihat dari paparan diatas,ternyata kebanyakan mitos-mitos berkaitan seks ada benar dan ada juga salahnya.Walau apa pun,diharap apa yang dipaparkan ini akan menambahkan pengetahuan kita tentang seks.Mungkin ianya berguna sebagai pendukung dan tunjang kepada kehidupan seks kita semua.
 

No comments:

Post a Comment